Tuesday, 11 December 2012

sELaMat Pengantin Baru

Bulan Disember.. bulan cuti sekolah.. musim berkhatan bagi yang mempunyai anak lelaki dan juga musim kenduri khawin situ sana sini.. Tak terlepas juga adik saya yang melangsungkan perkhawinan dengan pasangannya yang comey loteh... Gojesss....Tahniah pada mempelai.. semoga sentiasa sabar dan tabah mengharungi segala dugaan alam rumahtangga dan semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat... Aminnnnn......



Majlis perkhawinan ini juga mengumpulkan kami sekeluarga.. Ayah..Mama (ibu tiri tapi tak istilah tiri) tetap orang tua kami dunia akhirat... lama tak bersua dapat berkumpul dalam suasana yang macam ni cukup buat hati ini rasa sebak bercampur gembira... jodoh mama (emak kandung) dan ayah tak panjang... membuatkan kami terpisah buat sekian lama.. Tingkyu ayah.. tingkyu mama.. tingkyu pada semua yang hadir di majlis ini... kasih ayah sepanjang masa walau jarak memisahkan dan kasih mama hingga ke syurga...


inilah kami ... dari kiri Mama, Ayah, En Husband & saya

 

Mempelai bersama Mama & Bapa


Mempelai bersama 2 keluarga.. Dua Ayah dan 2 Mama

Thursday, 18 October 2012

Setelah bercuti bersama chickenpox yang tak diundang

Lama sangat tak update blog ni.. Almaklum saja lah kesibukan kerja dan kemalasan yang amat memuncak.. ditambah pulak takde idea-idea ayat yang marvelos nak dicatat..

kali ni nak bercerita tentang chickenpox. saya diserang chickenpox pada 22 September 2012. Amatlah menginsafkan... Apapun tetap bersyukur ke hadrat ilahi.. sedang saya menaip blog ini Allah masih berikan saya kesihatan yang baik setelah pulih dari chickenpox... Masyaallah... ujian sakit yang Allah berikan mengingatkan saya tentang nikmat sihat sebelum diserang chickenpox... sangat-sangat menginsafkan saya kerana saya jarang sangat sakit. oleh itu bile dapat kesihatan seperti sediakala saya rasa bersyukur sangat...

nak cerita kesan degil yang tinggal di badan dan sekitar muka... huaaahuaaa... sedih bile tengok..2 minggu telah berlalu... Minggu pertama naik kerja setelah berMC 2 minggu... semua orang kat ofis tengok semacam jerrr... Almaklumlah kesan degil yang tinggal betul-betul letaknyer kat hidung.. even dah dekat sebulan ia masih kekal disitu dan tak nak pergi dari muka saya yang comel.. hihihihihi...Comel ker???? hihihihihihihihihi...

apapun saya tak pernah berputus asa.. selagi mampu selagi tu lah saya akan cuba hilangkan kesan degil ni... kalau tak hilang jugak... parut tu akan mengingatkan saya saat memula diserang chickenpox.. rasa yang sangat panas.. rasa yang sangat tidak selesa..dan rasa yang sangat menguji kesabaran... dua minggu ni saya hanya try guna VCO produk catalyst.. alhamdulillah.. nampak perubahan.. semua nya adalah dengan izin Allah...

terima kasih pada en husband yang sabar menjaga saya... walaupun kadang-kadang ada termarah sebab dah rasa tak larat makan rebus-rebus.. tapi sikap en husband yang indah tak indah tentang permintaan makanan saya tu... ada kesan baiknya untuk saya....terima kasih sebab temankan saya ke hospital dan temankan saya ketika saya benar-benar tak larat...terima kasih sebab selalu masak kan untuk saya tak kira ketika saya sihat atau ketika saya sakit...

Saya sayang kamu... Walau kamu pernah buat silap pada saya tapi pada kamu ada seribu satu kebaikan. tak akan sebab satu kesilapan saya akan lupa dengan semua kebaikan yang pernah kamu buat pada saya... Mudah-mudahan kita akan terus bersama hingga akhir hayat..

aidilfitri yang penuh bermakna


mari kita bercerita tentang hari raya tahun ni... bagi saya yang berhari raya sejak menjadi isteri kepada seorang suami selama 4 tahun ni.. tak banyak bezanya memandangkan kami masih lagi beraya berdua.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk memberi duit-duit raya.. tapi belum berpeluang mengutip duit-duit raya untuk anak memandangkan belum sampai rezeki saya ada anak. Apapun tetap bersyukur... kerana Allah diberikan saya dan suami kesihatan yang baik.. Allah berikan saya rezeki tak banyak tapi cukup adanya banyak cukup boleh dikongsi sama-sama dengan yang lain... Alhamdulillah atas semua kurniaan yang tak ternilai....

Tahun ni beraya giliran sebelah di Batu Pahat.. Nak cerita tang meriah nya tak tahu meriah nya kat mana... hohohohohohohohoho.... tapi layan kan sajer....walaupun rasa sayu jerr... Shoping raya last minit semua yang dapat pun biasa... dengan kesesakan orang dibazar raya di malam raya huhhhh... sesak nafas ni... apa yang dapat itu sahaja lah yang termampu.

Tahun ni walaupun raya tak berapa nak seronok tapi ada sesuatu yang sangat bermakna. tahun ni saya dapat jumpe ayah dan adik beradik lain.. dapat berkumpul sama-sama setelah sekian lama tak berjumpa. terharu sangat dengan kedatangan ayah dan adik beradik lain yang sudi bertandang ke rumah saya yang tak rupa istana tu...

Sebenarnya... terharu sangat dengan perubahan ayah... Ayah yang dulunya seorang yang sangat keras hati.. seorang yang hanya fikir hanya dia yang betul.. akhirnya mendapat hidayah Allah... Syukur sangat.. Tapi jodoh ayah dengan emak saya tak panjang.. walaumacamane pun tetap bersyukur di hari raya ini ayah bersama keluarga nya bertemu dengan emak saya... Dihari raya ini kami sekeluarga dapat berkumpul.. Aidilfitri yang menyatukan hati-hati kami yang pernah jauh satu masa dulu.. saya rasa ia satu Rahmat yang Allah bagi untuk kami sekeluarga... Alhamdulillah... saya harap tahun depan dapat lah saya beraya bertiga... mudah-mudahan Allah makbulkan doa.. dan saya harap ikatan yang mula rapat ini kekal hingga akhir hayat...


Wednesday, 25 July 2012

INDAHNYA RAMADHAN TAHUN INI



Dah lama tak up date blog.. Almaklum saje lah.. kengkadang tak de mood dan saya ni jenis yang memang tak berapa banyak idea ayat-ayat yang best... 


Dah 5 hari kita orang muslim menunaikan ibadat puasa.. Alhamdulillah dapat juga saya menjalankan ibadat ni dengan baik... Syukur sangat sebab Allah beri saya kesempatan hidup berjumpa dengan bulan ramadhan yang sangat saya nanti-nantikan. Rasa seronok dengan kedatangan ramadhan.. Ntah kenapa tahun ni rasa berkobar-kobar dengan ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan rasa yang sebegini. Bukan setakat itu sahaja.. Syukur kerana Allah berikan saya kesihatan yang baik untuk saya menyiapkan menu bersahur & berbuka  sendiri walaupun balik dari kerja terkejar-kejar... dah macam lipas kudung pun ada... Tapi rasa seronok tu mengatasi rasa penat...dan rasa bersyukur sangat kerana masih diberikan tenaga untuk bersama-sama dengan En Husband menunaikan solat terawih di masjid. Ya Allah... tak terkata ucapan syukur atas semua kurniaanMu. Saya berharap ramadhan kali ini ramadhan yang bermakna... segala kerana Mu Ya Allah.. 


Terima kasih dengan kurniaanMu, rasa yang berkobar-koban dibulan ramadhan dan kesihatan yang diberikan. Rasa tak nak sekali terlepas peluang untuk terus berdoa.. agar doa saya dan kawan- kawan dimakbulkan... 

Wednesday, 30 May 2012

saya dan kerja kerja saya

owhhhh...dah lama saya tak update blog... hmmmm... g berkursus di Institut Pertanian Fama selama 4 hari... mula-mula berangan cam nak sambung cuti... tapi gara-gara keje punya pasal dan kerana kesiankan mereka-mereka yang terlibat terpaksa lah saya cancel kan cuti... dengan niat nak tolong kawan-kawan dan mereka-mereka yang mungkin dalam kesempitan saat itu....


hmmmmm.... membantu kerja-kerja orang mula-mula rasa macam tak ikhlas tapi bile betulkan niat dengan tujuan nak membantu...buat keje pun jadi seronok... 2 hari jer part keje yang dipertanggungjawabkan dapat gak diselesaikan.. rasa lapang hati ni dapat tolong kawan-kawan...dapat meringankan beban kerja kawan-kawan... itu lah niatnya.hmmmm.... kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan dah pun selesai... namun untuk kawan yang masih setia menanti tu... setakat itu sahaja yang mampu saya buat... kerana kerja itu bukan hanya melibatkan saya seorang... saya faham kesempitan kawan-kawan tapi apa lah sangat saya ni hanya kuli yang tak seberapa... hanya mampu membantu sekadar yang termampu....




habis semua kerja... sambung pulak kerja-kerja gotong royong...kerja-kerja hakiki yang tertangguh masih lagi tidak dapat diselesaikan di awal pagi..terpaksalah buat keje-keje pejabat disebelah petang ambik masa beberapa jam untuk siapkan sikit-sikit yang tergendala. program gotong royong ni sempena majlis mesyuarat pengarah-pengarah...  sesekali memang syok nak sambut orang-orang besar datang.. persiapan memang terbaik walaupun penat tapi saya suka... apa pun yang orang kata macam-macam... buat seelok baik tapi orang lain yang dapat nama... biar lah ....penat pun tak per... selagi takde orang yang suka suki nak mengarah macam mando...


hari ni hari ke 3 gotong royong tapi tak lah macam 2 hari lepas... just touch up maner yang belum sempurna... tengok kawan-kawan lain yang datang sukarela gotog royong..seronok sangat.... 


apapun esok bermula lah program tersebut... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... ofis pun sekarang dah sangat selesa... sejukk...wahhhh... kalau tak dah macam duduk dalam sauna pun ada...

Friday, 18 May 2012

HePy BesdaY to mE...

Alhamdulillah... hari ni genap umur saya 29 tahun... Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan dan peluang hidup di muka bumi Allah.... 29 tahun perjalan hidup yang penuh dengan dugaan... walauapapun dugaan yang Allah berikan adalah sesuatu yang Allah telah tentukan ada hikmah disebaliknya...


Ulangtahu ke 29 ni..takde wat apapun... hubby pun just wish besday...tingkyu mr hubby sebab ingat hari ulang tahun ni... wahhhhh...umur semakin menginjak... harapan tahun ni sama macam harapan yang lepas-lepas... mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik..umur yang diberkati dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan diberkati... satu lagi harapan sejak mendirikan rumahtangga...Mudah-mudahan Allah lindungi rumahtangga saya dan mudah-mudahan Allah permudahkan&berkati segala usaha-usaha untuk mendapat zuriat yang soleha&soleha..sihat tubuh badan..sempurna dan diberkati dunia dan akhirat....


Dihujung-hujung 2 series ni harap-harap impian tercapai.... terima kasih pada keluarga dan semua yang mengingati tarikh ni... semoga kalian sentiasa dibawah lindungan kasih sayang Allah... Aminnnn.......

Thursday, 10 May 2012

Hanya Engkau Yang Tahu



Hanya Allah sahaja yang tahu kepedihan ini...hanya Allah saja yang tahu kelukaan ini. Melalui hari-hari yang penuh liku dan cabaran... hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini..saat dikeji.. dihina.. Allah.. Engkau Maha Pengasih..Maha Penyanyang... Engkau telah atur segalanya yang terbaik bagi hambaMu..

bagai tak tertanggung saat itu.Namun Allah telah tentukan semua dugaan yang diberi adalah mengikut kemampuan hambaNya. Dugaan yang diberi menguji kesabaran dan membuatkan kita sentiasa dekat denganNya yang adakalanya kita sebagai hamba Allah yang sering kali melupakan Nya. Dia lah yang memberi rasa kesakitan Dia jugaklah yang memberi kesembuhan diatas semua kesakitan...

Ya Allah... kesembuhan yang Engkau berikan adalah satu nikmat yang tak terhingga selepas melalui kesakitan. Engkau berikan kesempatan untuk merasa bahgia... Ya Allah...Hanya Engkau Yang Tahu Segalanya...