owhhhh...dah lama saya tak update blog... hmmmm... g berkursus di Institut Pertanian Fama selama 4 hari... mula-mula berangan cam nak sambung cuti... tapi gara-gara keje punya pasal dan kerana kesiankan mereka-mereka yang terlibat terpaksa lah saya cancel kan cuti... dengan niat nak tolong kawan-kawan dan mereka-mereka yang mungkin dalam kesempitan saat itu....
hmmmmm.... membantu kerja-kerja orang mula-mula rasa macam tak ikhlas tapi bile betulkan niat dengan tujuan nak membantu...buat keje pun jadi seronok... 2 hari jer part keje yang dipertanggungjawabkan dapat gak diselesaikan.. rasa lapang hati ni dapat tolong kawan-kawan...dapat meringankan beban kerja kawan-kawan... itu lah niatnya.hmmmm.... kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan dah pun selesai... namun untuk kawan yang masih setia menanti tu... setakat itu sahaja yang mampu saya buat... kerana kerja itu bukan hanya melibatkan saya seorang... saya faham kesempitan kawan-kawan tapi apa lah sangat saya ni hanya kuli yang tak seberapa... hanya mampu membantu sekadar yang termampu....
habis semua kerja... sambung pulak kerja-kerja gotong royong...kerja-kerja hakiki yang tertangguh masih lagi tidak dapat diselesaikan di awal pagi..terpaksalah buat keje-keje pejabat disebelah petang ambik masa beberapa jam untuk siapkan sikit-sikit yang tergendala. program gotong royong ni sempena majlis mesyuarat pengarah-pengarah... sesekali memang syok nak sambut orang-orang besar datang.. persiapan memang terbaik walaupun penat tapi saya suka... apa pun yang orang kata macam-macam... buat seelok baik tapi orang lain yang dapat nama... biar lah ....penat pun tak per... selagi takde orang yang suka suki nak mengarah macam mando...
hari ni hari ke 3 gotong royong tapi tak lah macam 2 hari lepas... just touch up maner yang belum sempurna... tengok kawan-kawan lain yang datang sukarela gotog royong..seronok sangat....
apapun esok bermula lah program tersebut... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... ofis pun sekarang dah sangat selesa... sejukk...wahhhh... kalau tak dah macam duduk dalam sauna pun ada...
No comments:
Post a Comment