Wednesday 25 July 2012

INDAHNYA RAMADHAN TAHUN INI



Dah lama tak up date blog.. Almaklum saje lah.. kengkadang tak de mood dan saya ni jenis yang memang tak berapa banyak idea ayat-ayat yang best... 


Dah 5 hari kita orang muslim menunaikan ibadat puasa.. Alhamdulillah dapat juga saya menjalankan ibadat ni dengan baik... Syukur sangat sebab Allah beri saya kesempatan hidup berjumpa dengan bulan ramadhan yang sangat saya nanti-nantikan. Rasa seronok dengan kedatangan ramadhan.. Ntah kenapa tahun ni rasa berkobar-kobar dengan ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan rasa yang sebegini. Bukan setakat itu sahaja.. Syukur kerana Allah berikan saya kesihatan yang baik untuk saya menyiapkan menu bersahur & berbuka  sendiri walaupun balik dari kerja terkejar-kejar... dah macam lipas kudung pun ada... Tapi rasa seronok tu mengatasi rasa penat...dan rasa bersyukur sangat kerana masih diberikan tenaga untuk bersama-sama dengan En Husband menunaikan solat terawih di masjid. Ya Allah... tak terkata ucapan syukur atas semua kurniaanMu. Saya berharap ramadhan kali ini ramadhan yang bermakna... segala kerana Mu Ya Allah.. 


Terima kasih dengan kurniaanMu, rasa yang berkobar-koban dibulan ramadhan dan kesihatan yang diberikan. Rasa tak nak sekali terlepas peluang untuk terus berdoa.. agar doa saya dan kawan- kawan dimakbulkan...