Thursday 18 October 2012

Setelah bercuti bersama chickenpox yang tak diundang

Lama sangat tak update blog ni.. Almaklum saja lah kesibukan kerja dan kemalasan yang amat memuncak.. ditambah pulak takde idea-idea ayat yang marvelos nak dicatat..

kali ni nak bercerita tentang chickenpox. saya diserang chickenpox pada 22 September 2012. Amatlah menginsafkan... Apapun tetap bersyukur ke hadrat ilahi.. sedang saya menaip blog ini Allah masih berikan saya kesihatan yang baik setelah pulih dari chickenpox... Masyaallah... ujian sakit yang Allah berikan mengingatkan saya tentang nikmat sihat sebelum diserang chickenpox... sangat-sangat menginsafkan saya kerana saya jarang sangat sakit. oleh itu bile dapat kesihatan seperti sediakala saya rasa bersyukur sangat...

nak cerita kesan degil yang tinggal di badan dan sekitar muka... huaaahuaaa... sedih bile tengok..2 minggu telah berlalu... Minggu pertama naik kerja setelah berMC 2 minggu... semua orang kat ofis tengok semacam jerrr... Almaklumlah kesan degil yang tinggal betul-betul letaknyer kat hidung.. even dah dekat sebulan ia masih kekal disitu dan tak nak pergi dari muka saya yang comel.. hihihihihi...Comel ker???? hihihihihihihihihi...

apapun saya tak pernah berputus asa.. selagi mampu selagi tu lah saya akan cuba hilangkan kesan degil ni... kalau tak hilang jugak... parut tu akan mengingatkan saya saat memula diserang chickenpox.. rasa yang sangat panas.. rasa yang sangat tidak selesa..dan rasa yang sangat menguji kesabaran... dua minggu ni saya hanya try guna VCO produk catalyst.. alhamdulillah.. nampak perubahan.. semua nya adalah dengan izin Allah...

terima kasih pada en husband yang sabar menjaga saya... walaupun kadang-kadang ada termarah sebab dah rasa tak larat makan rebus-rebus.. tapi sikap en husband yang indah tak indah tentang permintaan makanan saya tu... ada kesan baiknya untuk saya....terima kasih sebab temankan saya ke hospital dan temankan saya ketika saya benar-benar tak larat...terima kasih sebab selalu masak kan untuk saya tak kira ketika saya sihat atau ketika saya sakit...

Saya sayang kamu... Walau kamu pernah buat silap pada saya tapi pada kamu ada seribu satu kebaikan. tak akan sebab satu kesilapan saya akan lupa dengan semua kebaikan yang pernah kamu buat pada saya... Mudah-mudahan kita akan terus bersama hingga akhir hayat..

aidilfitri yang penuh bermakna


mari kita bercerita tentang hari raya tahun ni... bagi saya yang berhari raya sejak menjadi isteri kepada seorang suami selama 4 tahun ni.. tak banyak bezanya memandangkan kami masih lagi beraya berdua.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk memberi duit-duit raya.. tapi belum berpeluang mengutip duit-duit raya untuk anak memandangkan belum sampai rezeki saya ada anak. Apapun tetap bersyukur... kerana Allah diberikan saya dan suami kesihatan yang baik.. Allah berikan saya rezeki tak banyak tapi cukup adanya banyak cukup boleh dikongsi sama-sama dengan yang lain... Alhamdulillah atas semua kurniaan yang tak ternilai....

Tahun ni beraya giliran sebelah di Batu Pahat.. Nak cerita tang meriah nya tak tahu meriah nya kat mana... hohohohohohohohoho.... tapi layan kan sajer....walaupun rasa sayu jerr... Shoping raya last minit semua yang dapat pun biasa... dengan kesesakan orang dibazar raya di malam raya huhhhh... sesak nafas ni... apa yang dapat itu sahaja lah yang termampu.

Tahun ni walaupun raya tak berapa nak seronok tapi ada sesuatu yang sangat bermakna. tahun ni saya dapat jumpe ayah dan adik beradik lain.. dapat berkumpul sama-sama setelah sekian lama tak berjumpa. terharu sangat dengan kedatangan ayah dan adik beradik lain yang sudi bertandang ke rumah saya yang tak rupa istana tu...

Sebenarnya... terharu sangat dengan perubahan ayah... Ayah yang dulunya seorang yang sangat keras hati.. seorang yang hanya fikir hanya dia yang betul.. akhirnya mendapat hidayah Allah... Syukur sangat.. Tapi jodoh ayah dengan emak saya tak panjang.. walaumacamane pun tetap bersyukur di hari raya ini ayah bersama keluarga nya bertemu dengan emak saya... Dihari raya ini kami sekeluarga dapat berkumpul.. Aidilfitri yang menyatukan hati-hati kami yang pernah jauh satu masa dulu.. saya rasa ia satu Rahmat yang Allah bagi untuk kami sekeluarga... Alhamdulillah... saya harap tahun depan dapat lah saya beraya bertiga... mudah-mudahan Allah makbulkan doa.. dan saya harap ikatan yang mula rapat ini kekal hingga akhir hayat...