Thursday, 18 October 2012
aidilfitri yang penuh bermakna
mari kita bercerita tentang hari raya tahun ni... bagi saya yang berhari raya sejak menjadi isteri kepada seorang suami selama 4 tahun ni.. tak banyak bezanya memandangkan kami masih lagi beraya berdua.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk memberi duit-duit raya.. tapi belum berpeluang mengutip duit-duit raya untuk anak memandangkan belum sampai rezeki saya ada anak. Apapun tetap bersyukur... kerana Allah diberikan saya dan suami kesihatan yang baik.. Allah berikan saya rezeki tak banyak tapi cukup adanya banyak cukup boleh dikongsi sama-sama dengan yang lain... Alhamdulillah atas semua kurniaan yang tak ternilai....
Tahun ni beraya giliran sebelah di Batu Pahat.. Nak cerita tang meriah nya tak tahu meriah nya kat mana... hohohohohohohohoho.... tapi layan kan sajer....walaupun rasa sayu jerr... Shoping raya last minit semua yang dapat pun biasa... dengan kesesakan orang dibazar raya di malam raya huhhhh... sesak nafas ni... apa yang dapat itu sahaja lah yang termampu.
Tahun ni walaupun raya tak berapa nak seronok tapi ada sesuatu yang sangat bermakna. tahun ni saya dapat jumpe ayah dan adik beradik lain.. dapat berkumpul sama-sama setelah sekian lama tak berjumpa. terharu sangat dengan kedatangan ayah dan adik beradik lain yang sudi bertandang ke rumah saya yang tak rupa istana tu...
Sebenarnya... terharu sangat dengan perubahan ayah... Ayah yang dulunya seorang yang sangat keras hati.. seorang yang hanya fikir hanya dia yang betul.. akhirnya mendapat hidayah Allah... Syukur sangat.. Tapi jodoh ayah dengan emak saya tak panjang.. walaumacamane pun tetap bersyukur di hari raya ini ayah bersama keluarga nya bertemu dengan emak saya... Dihari raya ini kami sekeluarga dapat berkumpul.. Aidilfitri yang menyatukan hati-hati kami yang pernah jauh satu masa dulu.. saya rasa ia satu Rahmat yang Allah bagi untuk kami sekeluarga... Alhamdulillah... saya harap tahun depan dapat lah saya beraya bertiga... mudah-mudahan Allah makbulkan doa.. dan saya harap ikatan yang mula rapat ini kekal hingga akhir hayat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment